P.U. (A) 124/2000 PERATURAN-PERATURAN KOMUNIKASI DAN MULTIMEDIA (STANDARD TEKNIK) 2000
BAHAGIAN III - KELENGKAPAN KOMUNIKASI
Peraturan 21. Kelulusan khas
(1) Proses pemerakuan bagi suatu kelulusan khas hendaklah dinyatakan oleh Suruhanjaya atau agensi pemerakuan berdaftar, mengikut mana-mana yang berkenaan.
(2) Proses pemerakuan yang dinyatakan oleh agensi pemerakuan berdaftar di bawah subperaturan (1) hendaklah tertakluk kepada peraturan 10.
(3) Walau apa pun subperaturan (1), Suruhanjaya boleh mengecualikan seseorang pemohon bagi kelulusan khas daripada ujian makmal atau lapangan dan pemerakuan apa-apa kelengkapan komunikasi hendaklah berasaskan dengan cara penilaian kertas semata-mata.