P.U. (A) 124/2000 PERATURAN-PERATURAN KOMUNIKASI DAN MULTIMEDIA (STANDARD TEKNIK) 2000
BAHAGIAN III - KELENGKAPAN KOMUNIKASI
Peraturan 19. Pemerakuan kelengkapan komunikasi
(1) Suruhanjaya atau suatu agensi pemerakuan berdaftar, mengikut mana-mana yang berkenaan, boleh memperakui kelengkapan komunikasi bagi suatu kelulusan pematuhan atau kelulusan khas.
(2) Suatu kelulusan pematuhan boleh diberikan kepada suatu model kelengkapan komunikasi yang tertentu apabila Suruhanjaya atau suatu agensi pemerakuan berdaftar, mengikut mana-mana yang berkenaan, berpuas hati bahawa kelengkapan komunikasi itu mematuhi standard.
(3) Walau apa pun subperaturan (2), kelulusan khas boleh diberi kepada apa-apa kelengkapan komunikasi yang digunakan secara eksklusif oleh pemohon ---
(a) untuk tujuan tunggal pemohon ;
[Mas. P.U. (A) 261/2001]
(b) untuk tujuan penyelidikan atau menunjuk cara pemohon semata-mata ; atau
[Mas. P.U. (A) 261/2001]
(c) dalam had yang ditakrifkan yang boleh termasuk ---