P.U. (A) 124/2000 PERATURAN-PERATURAN KOMUNIKASI DAN MULTIMEDIA (STANDARD TEKNIK) 2000
BAHAGIAN III - KELENGKAPAN KOMUNIKASI
Peraturan 18. Permohonan pemerakuan kelengkapan komunikasi
Mana-mana orang boleh membuat permohonan secara bertulis kepada Suruhanjaya atau suatu agensi pemerakuan berdaftar, mengikut mana-mana yang berkenaan, bagi mendapatkan pemerakuan kelengkapan komunikasi yang dinyatakan dalam Jadual Kedua.