P.U. (A) 124/2000 PERATURAN-PERATURAN KOMUNIKASI DAN MULTIMEDIA (STANDARD TEKNIK) 2000
BAHAGIAN III - KELENGKAPAN KOMUNIKASI
Peraturan 16. Larangan terhadap penjualan, dsb., kelengkapan komunikasi
(1) Tiada seorang pun boleh menggunakan, menawarkan untuk menjual, menjual atau ada dalam miliknya dengan tujuan untuk menjual apa-apa kelengkapan komunikasi ---
(a) yang bertentangan dengan standard ;
(b) yang tidak diperakui sebagaimana yang dikehendaki oleh Peraturan-Peraturan ini ; atau
(c) yang telah diperakui tetapi diubah atau diubah suai kemudiannya dan tidak lagi mematuhi standard.
(2) Walau apa pun subperaturan (1), Suruhanjaya boleh membenarkan seseorang untuk menggunakan, menawarkan untuk menjual, menjual atau ada dalam milikannya dengan tujuan untuk menjual apa-apa kelengkapan komunikasi yang dinyatakan dalam subperaturan (1).
(3) Seseorang yang melanggar subperaturan (1) dan yang tidak dibenarkan di bawah subperaturan (2) melakukan suatu kesalahan.