P.U. (A) 124/2000 PERATURAN-PERATURAN KOMUNIKASI DAN MULTIMEDIA (STANDARD TEKNIK) 2000
BAHAGIAN III - KELENGKAPAN KOMUNIKASI
Peraturan 15. Larangan terhadap mereka bentuk, dsb., kelengkapan komunikasi
(1) Tiada seorang pun boleh dengan sengaja mereka bentuk, memasang, mengendalikan, menyenggara atau mengubah suai apa-apa kelengkapan komunikasi dengan cara ---
(a) yang bertentangan dengan standard ;
(b) yang berkemungkinan menyebabkan ketidaksalingbolehkendalian antara apa-apa kelengkapan komunikasi ;
(c) yang berkemungkinan menyebabkan gangguan, kerosakan, kepincangan atau keburukan kepada apa-apa kelengkapan komunikasi atau apa-apa kelengkapan lain ; atau
(d) yang berkemungkinan menjejaskan keselamatan ---
(i) orang awam ;
(ii) apa-apa kelengkapan komunikasi ; atau
(iii) apa-apa kelengkapan lain.
(2) Seseorang yang melanggar subperaturan (1) melakukan suatu kesalahan dan apabila disabitkan boleh didenda tidak melebihi tiga ratus ribu ringgit atau dipenjarakan selama tempoh tidak melebihi tiga tahun atau kedua-duanya.