P.U. (A) 124/2000 PERATURAN-PERATURAN KOMUNIKASI DAN MULTIMEDIA (STANDARD TEKNIK) 2000
BAHAGIAN II - AGENSI PEMERAKUAN
Peraturan 9. Tempoh dan membaharui pendaftaran
(1) Tempoh maksimum bagi pendaftaran suatu agensi pemerakuan bagi kategori pendaftaran yang tertentu hendaklah lima tahun atau apa-apa tempoh yang kurang yang difikirkan patut oleh Suruhanjaya.
(2) Suatu agensi pemerakuan berdaftar hendaklah memohon untuk membaharui pendaftarannya kepada Suruhanjaya sekurang-kurangnya sembilan puluh hari sebelum habis tempoh mana-mana kategori pendaftaran yang baginya agensi pemerakuan berdaftar itu didaftarkan.
(3) Suruhanjaya hendaklah membaharui kategori pendaftaran suatu agensi pemerakuan berdaftar jika Suruhanjaya berpuas hati bahawa ---
[Pin. P.U. (A) 261/2001[
(a) agensi pemerakuan berdaftar itu mematuhi mana-mana kategori pendaftaran ; dan
(b) agensi pemerakuan berdaftar itu telah membayar fi yang ditetapkan.