P.U. (A) 124/2000 PERATURAN-PERATURAN KOMUNIKASI DAN MULTIMEDIA (STANDARD TEKNIK) 2000
BAHAGIAN II - AGENSI PEMERAKUAN
Peraturan 6. Kehendak kelayakan
Seseorang yang memohon untuk didaftarkan sebagai suatu agensi pemerakuan hendaklah merupakan ---
(a) pertubuhan perbadanan yang diperbadankan di Malaysia ;
(b) jabatan atau agensi Kerajaan ; atau
(c) agensi asing yang menubuhkan suatu ejen tempatan bagi proses penyampaian di Malaysia --
(i) yang didaftarkan, dilesenkan atau diberi kuasa selainnya oleh pihak berkuasa yang berkaitan di negara lain itu untuk menjalankan atau mengendalikan suatu agensi pemerakuan bagi standard teknik atau kecekapan di negara itu ; atau
(ii) yang berada di negara yang mempunyai perkiraan dengan Malaysia bagi pengiktirafan agensi pemerakuan bagi maksud memperakui pematuhan dengan standard atau kecekapan negara yang lain itu.