P.U. (A) 124/2000 PERATURAN-PERATURAN KOMUNIKASI DAN MULTIMEDIA (STANDARD TEKNIK) 2000
BAHAGIAN II - AGENSI PEMERAKUAN
Peraturan 5. Larangan terhadap agensi pemerakuan tidak berdaftar
(1) Tiada seorang pun di Malaysia boleh menjalankan atau mengendalikan, atau mengemukakan dirinya sebagai menjalankan atau mengendalikan suatu agensi pemerakuan bagi maksud memperakui pematuhan dengan standard atau kecekapan yang dikehendaki melainkan jika orang itu telah didaftarkan dengan Suruhanjaya sebagai suatu agensi pemerakuan.
(2) Walau apa pun subperaturan (1), mana-mana orang yang menjalankan fungsi suatu agensi pemerakuan sebelum tarikh Peraturan-Peraturan ini mula berkuat kuasa hendaklah disifatkan sebagai telah didaftarkan dengan sewajarnya di bawah Peraturan-Peraturan ini sehingga pendaftaran itu dikaji semula oleh Suruhanjaya.
(3) Seseorang yang melanggar subperaturan (1) melakukan suatu kesalahan dan apabila disabitkan boleh didenda tidak melebihi tiga ratus ribu ringgit atau dipenjarakan selama tempoh tidak melebihi tiga tahun atau kedua-duanya.