P.U. (A) 126/2000
PERINTAH KOMUNIKASI DAN MULTIMEDIA (SPEKTRUM) (PENGECUALIAN) 2000
JADUAL KEDUA
(Subperenggan 3)
SYARAT STANDARD BAGI PERANTI, KELENGKAPAN ATAU
SISTEM YANG BERKKENAAN
BAHAGIAN I
PERANTI PENGGUNA KAWALAN JAUH
1. Standard
Peranti pengguna kawalan jauh hendaklah mematuhi peruntukan Akta dan perundangan subsidiari yang dibuat di bawahnya, standard-standard teknik, standard-standard Malaysia, standard-standard mandatori dan kod-kod teknik yang didaftarkan oleh Suruhanjaya dari semasa ke semasa yang---
(a) terpakai bagi peranti pengguna kawalan jauh; dan
(b) semasa dan disiarkan sebaik sebelum pembuatan atau pengimportan peranti pengguna kawalan jauh itu.
2. Kuasa Sinar Isotropik Efektif (EIRP)
(a) Walau apa pun perenggan 1, EIRP maksimum tidak boleh melebihi 50 miliwatt; dan
(b) EIRP hendaklah diukur mengikut perundangan subsidiari, standard-standard teknik, standard-standard Malaysia, standard-standard mandatori, kod-kod teknik terkini yang berkaitan dan dokumen lain yang dibenarkan atau dikeluarkan di bawah Akta.
3. Tiada gangguan
Pengendalian peranti pengguna kawalan jauh tidak boleh mengganggu peranti komunikasi diperakui yang lain.
4. Tiada perlindungan
Peranti pengguna kawalan jauh dan peranti penerimaan yang berkaitan dengannya tidak akan diberi perlindungan daripada gangguan.
5. Pelabelan
Peranti pengguna kawalan jauh hendaklah mempunyai label "Dikecualikan di bawah Perintah Komunikasi dan Multimedia (Spektrum) (Pengecualian) 2000".
-----------------------------
BAHAGIAN II
TELEFON TANPA KORD
1. Standard
Telefon tanpa kord hendaklah mematuhi peruntukan Akta dan perundangan subsidiari yang dibuat di bawahnya, standard-standard teknik, standard-standard Malaysia, standard-standard mandatori dan kod-kod teknik yang didaftarkan oleh Suruhanjaya dari semasa ke semasa yang---
(a) terpakai bagi telefon tanpa kord; dan
(b) semasa dan disiarkan sebaik sebelum pembuatan dan pengimportan telefon tanpa kord itu.
2. Kelas pemancaran
Walau apa pun perenggan 1 protokol dan kelas-kelas pemancaran yang berikut hendaklah dipatuhi oleh telefon tanpa kord dalam jalur masing-masingnya yang berikut:
(a) 40.025 MHz hingga 40.275 MHz;
(b) 46.6100 MHz hingga 46.9700 MHz;
(c) 49.6700 MHz hingga 49.9700 MHz;
(d) 819.1 MHz hingga 823.1 MHz: Telefon Tanpa Kord Generasi Ketiga (CT3);
(e) 864.1 MHz hingga 868.1 MHz: Telefon Tanpa Kord Generasi Kedua (CT2);
(f) 1880 MHz hingga 1900 MHz:Telekomunikasi Tanpa Kord Digital Dipertingkatkan (DECT); dan
(g) 1895 MHz hingga 1918 MHz : Sistem Telefon Peribadi Mudah Guna (PHS).
3. Kuasa Sinar Isotropik Efektif (EIRP)
(a) Walau apa pun perenggan 1, EIRP maksimum tidak boleh melebihi 1 watt; dan
(b) EIRP hendaklah diukur menurut perundangan subsidiari, standard-standard teknik, standard-standard Malaysia, standard-standard mandatori, kod-kod teknik terkini yang berkaitan dan dokumen lain yang dibenarkan atau dikeluarkan di bawah Akta.
4. Pelabelan
Telefon tanpa kord hendaklah mempunyai label "Dikecualikan di bawah Perintah Komunikasi dan Multimedia (Spektrum) (Pengecualian) 2000".
-----------------------------
BAHAGIAN III
PERANTI TELEMETRI PERUBATAN DAN BIOLOGI
1. Standard
Peranti telemetri perubatan dan biologi hendaklah mematuhi peruntukan Akta dan perundangan subsidiari yang dibuat di bawahnya, standard-standard teknik, standard-standard Malaysia, standard-standard mandatori dan kod-kod teknik yang didaftarkan oleh Suruhanjaya dari semasa ke semasa yang---
(a) terpakai bagi peranti telemetri perubatan dan biologi ; dan
(b) semasa dan disiarkan sebaik sebelum pembuatan dan pengimportan peranti telemetri perubatan dan biologi .
2. Kelas pemancaran
Walau apa pun perenggan ,1 kelas-kelas pemancaran dalam setiap jalur frekuensi hendaklah dihadkan dan saluran frekuensi adalah disimpan seperti berikut:
Jalur Frekuensi A (MHz) | Pasangan Jalur Frekuensi B (MHz) | Had modulasi |
27.5250
162.9750 hingga 163.1250 | | Modulasi Frekuensi |
|  | Modulasi Frekuensi |
| | Modulasi Frekuensi |
| | Modulasi Frekuensi |
| | Modulasi Frekuensi |
| | Modulasi Frekuensi |
|  | Modulasi Frekuensi |
|  | Modulasi Frekuensi |
3. Kuasa Sinar Isotropik Efektif (EIRP)
(a) Walau apa pun perenggan 1, EIRP maksimum tidak boleh melebihi 1 watt; dan
(b) EIRP hendaklah diukur mengikut perundangan subsidiari, standard-standard teknik, standard-standard Malaysia, standard-standard mandatori, kod-kod teknik terkini yang berkaitan dan dokumen lain yang dibenarkan atau dikeluarkan di bawah Akta.
4. Sekatan Pengendalian
Seseorang tidak boleh mengendalikan suatu peranti telemetri perubatan dan biologi bertentangan dengan Akta, atau dengan mana-mana cara yang membahayakan orang ramai, bintang atau kelengkapan.
5. Tiada gangguan
Pengendalian peranti telemetri perubatan dan biologi tidak boleh mengganggu peranti komunikasi diperakui yang lain.
6. Pelabelan
Peranti telemetri perubatan dan biologi hendaklah mempunyai label "Dikecualikan di bawah Perintah Komunikasi dan Multimedia (Spektrum) (Pengecualian) 2000".
-----------------------------
BAHAGIAN IV
PERANTI KESELAMATAN
1. Standard
Peranti keselamatan hendaklah mematuhi Akta dan perundangan subsidiari yang dibuat di bawahnya, standard-standard teknik, standard-standard Malaysia, standard-standard mandatori dan kod-kod teknik yang didaftarkan oleh Suruhanjaya dari semasa ke semasa yang---
(a) terpakai bagi peranti keselamatan; dan
(b) semasa dan disiarkan sebaik sebelum pembuatan atau pengimportan peranti keselamatan.
2. Kuasa Sinar Isotropik Efektif (EIRP)
(a) Walau apa pun perenggan 1 Bahagian ini, EIRP maksimum tidak boleh melebihi 50 miliwatt; dan
(b) EIRP hendaklah diukur mengikut perundangan subsidiari, standard-standard teknikal, standard-standard Malaysia, standard-standard mandatori, kod-kod teknik terkini yang berkaitan dan dokumen lain yang dibenarkan atau dikeluarkan di bawah Akta.
3. Tiada gangguan
Pengendalian peranti keselamatan tidak boleh mengganggu peranti komunikasi diperakui yang lain.
4. Tiada perlindungan
Peranti keselamatan dan apa-apa peranti penerimaan yang berkaitan dengannya tidak akan diberi perlindungan daripada gangguan.
5. Pelabelan
Peranti keselamatan hendaklah mempunyai label "Dikecualikan di bawah Perintah Komunikasi dan Multimedia (Spektrum) (Pengecualian) 2000".
-----------------------------
BAHAGIAN V
SISTEM MIKROFON WAYARLES
1. Standard
Sistem mikrofon wayarles hendaklah mematuhi Akta dan perundangan subsidiari yang dibuat di bawahnya, standard-standard teknik, standard-standard Malaysia, standard-standard mandatori dan kod-kod teknik yang didaftarkan oleh Suruhanjaya dari semasa ke semasa yang---
(a) terpakai bagi sistem mikrofon wayarles; dan
(b) semasa dan disiarkan sebaik sebelum sistem mikrofon wayarles dibuat atau diimport.
2. Kuasa Sinar Isotropik Efektif (EIRP)
(a) Walau apa pun perenggan 1, EIRP maksimum tidak boleh melebihi 50 miliwatt; dan
(b) EIRP hendaklah diukur mengikut perundangan subsidiari, standard-standard teknik, standard-standard Malaysia, standard-standard mandatori, kod-kod teknik terkini yang berkaitan dan dokumen lain yang dibenarkan atau dikeluarkan di bawah Akta.
3. Saluran tengah frekuensi dan lebar jalur
Jika pengendalian sistem mikrofon wayarles adalah dalam jalur frekuensi 26.95728 MHz hingga 27.28272 MHz, jalur frekuensi pengendalian bagi sistem mikrofon wayarles daripada saluran radio jalur rakyat yang bersebelahan hendaklah sekurang-kurangnya 5 KHz dengan pemancaran lebar jalur tidak melebihi 10 KHz.
4. Infra merah
Apa-apa pemancaran infra merah oleh sistem mikrofon wayarles hendaklah difokuskan mengikut cara supaya tidak mengakibatkan kecederaan atau ketidakselesaan.
5. Tiada gangguan
Pengendalian sistem mikrofon wayarles tidak boleh mengganggu peranti komunikasi diperakui yang lain.
6. Tiada perlindungan
Sistem mikrofon wayarles tidak akan diberi perlindungan daripada gangguan.
7. Pelabelan
Sistem mikrofon wayarles hendaklah mempunyai label "Dikecualikan di bawah Perintah Komunikasi dan Multimedia (Spektrum) (Pengecualian) 2000".
Dibuat 30 Mac 2000.
[KTKM(S) 353/146/5 Klt. 4; PN(PU2)601]
DATUK AMAR LEO MOGGIE
Menteri Tenaga, Komunikasi dan Multimedia
Copyright © 2005 PNMB-LawNet. All rights reserved.