AKTA 465
AKTA PERKHIDMATAN POS 1991




Nota: Kecualian dan peralihan.

(1) Apabila Akta ini mula berkuat kuasa, sebutan tentang Kerajaan, Menteri, Ketua Pengarah Pos atau pegawai diberikuasa dalam mana-mana undang-undang bertulis termasuk mana-mana perundangan subsidiari, dan dalam apa-apa surat cara, lesen, perakuan, dokumen, pendaftaran, kelulusan, arahan, perintah, garis panduan, pemberitahuan, perjanjian dan dokumen lain yang dibuat, dikeluarkan atau diberikan sebelum permulaan kuat kuasa Akta ini hendaklah ditafsirkan sebagaimana yang diperuntukkan dalam subseksyen (2), (3), (4) dan (5).

(2) Sebutan tentang Kerajaan atau Ketua Pengarah Pos berhubung dengan fungsi Kerajaan atau Ketua Pengarah itu yang apabila Akta ini mula berkuat kuasa menjadi fungsi Suruhanjaya hendaklah ditafsirkan sebagai sebutan tentang Suruhanjaya.

(3) Sebutan tentang Ketua Pengarah Pos berhubung dengan fungsi Ketua Pengarah itu yang apabila Akta ini mula berkuat kuasa menjadi fungsi Menteri hendaklah ditafsirkan sebagai sebutan tentang Menteri.

(4) Sebutan tentang Ketua Pengarah Pos berhubung dengan fungsi Ketua Pengarah itu yang apabila Akta ini mula berkuat kuasa menjadi fungsi Pengerusi Suruhanjaya hendaklah ditafsirkan sebagai sebutan tentang Pengerusi itu.

(5) Sebutan tentang pegawai diberikuasa hendaklah ditafsirkan sebagai sebutan tentang pegawai diberikuasa sebagaimana yang ditakrifkan dalam Akta itu seperti yang dipinda oleh Akta ini.

(6) Semua surat cara, lesen, perakuan, dokumen, pendaftaran, kelulusan, arahan, perintah, garis panduan, pemberitahuan, perjanjian dan apa-apa dokumen lain yang dibuat, dikeluarkan atau diberikan oleh Ketua Pengarah Pos sebelum permulaan kuat kuasa Akta ini hendaklah, apabila Akta ini mula berkuat kuasa, ditafsirkan sebagai telah dibuat, dikeluarkan atau diberikan oleh Suruhanjaya atau Pengerusi Suruhanjaya, mengikut mana-mana yang berkenaan.

[Akta A1120:s.26]





Copyright © 2005 PNMB-LawNet. All rights reserved.