AKTA 465
AKTA PERKHIDMATAN POS 1991

BAHAGIAN XI - AM, PEMANSUHAN DAN KECUALIAN




Seksyen 50. Pemansuhan Akta Pejabat Pos 1947 dan kecualian berkenaan dengannya.

(1) Akta Pejabat Pos 1947 [Akta 211] adalah dengan ini dimansuhkan.

(2) Kaedah-kaedah yang dibuat di bawah Akta Pejabat Pos 1947 setakat yang ia tidak tak konsisten dengan peruntukan- peruntukan Akta ini hendaklah terus berkuatkuasa sehingga dibatalkan atau digantikan oleh kaedah-kaedah yang dibuat di bawah Akta ini.

(3) Menteri boleh, bilamasa ternyata kepadanya perlu atau suaimanfaat berbuat demikian sama ada bagi maksud menghapuskan kesulitan atau berbangkit daripada terlulusnya Akta ini, melalui perintah membuat apa-apa ubahsuaian pada mana-mana peruntukan dalam mana-mana kaedah dalam subseksyen (2) sebagaimana yang difikirkannya patut.





Copyright © 2005 PNMB-LawNet. All rights reserved.