AKTA 465
AKTA PERKHIDMATAN POS 1991

BAHAGIAN XI - AM, PEMANSUHAN DAN KECUALIAN




Seksyen 49. Kuasa am untuk membuat kaedah-kaedah dan peruntukan-peruntukan mengenai kaedah-kaedah.

(1) Sebagai tambahan kepada kuasa-kuasa yang diberikan terdahulu daripada ini, Menteri boleh membuat kaedah-kaedah yang perlu atau suaimanfaat bagi menjalankan atau melaksanakan maksud-maksud dan tujuan-tujuan Akta ini.

(2) Semua kaedah yang dibuat oleh Menteri di bawah Akta ini hendaklah disiarkan dalam Warta.





Copyright © 2005 PNMB-LawNet. All rights reserved.