Dalam hal suatu sabitan yang melibatkan denda, Mahkamah yang mengenakan denda itu boleh, atas permohonan pegawai yang menjalankan pendakwaan itu, mengarahkan pembayaran kepada orang yang memberi maklumat yang membawa kepada sabitan itu akan apa-apa bahagian denda itu tetapi tidak melebihi setengah daripada denda itu mengikut apa-apa perkadaran sebagaimana yang difikirkan patut oleh Mahkamah.