AKTA 465
AKTA PERKHIDMATAN POS 1991

BAHAGIAN X - PENYIASATAN DAN PENDAKWAAN




Seksyen 44. Kebolehterimaan pernyataan.

Walau apa pun peruntukan-peruntukan mana-mana undang-undang bertulis yang berlawanan, jika seseorang dipertuduh dengan suatu kesalahan di bawah Akta ini, apa-apa pernyataan, sama ada pernyataan itu menjadi suatu pengakuan salah atau tidak atau sama ada ia berbentuk lisan atau bertulis, yang dibuat pada bila-bila masa, sama ada sebelum atau selepas orang itu dipertuduh dan sama ada dalam perjalanan penyiasatan di bawah Akta ini atau tidak dan sama ada atau tidak pada keseluruhannya atau sebahagiannya sebagai jawapan kepada soalan-soalan, oleh orang itu kepada atau dalam pendengaran seseorang pegawai yang diberi kuasa di bawah seksyen 41 dan sama ada atau tidak diterjemahkan kepadanya oleh seorang pegawai yang diberi kuasa di bawah seksyen 41 atau mana-mana orang lain yang berkenaan atau tidak dalam kes itu, hendaklah menjadi boleh terima di perbicaraannya sebagai keterangan dan, jika orang itu mengemukakan dirinya sebagai saksi, apa-apa pernyataan sedemikian boleh digunakan dalam pemeriksaan balas dan bagi maksud mencabar kebolehpercayaannya:

Dengan syarat bahawa:


[Pin. Akta A1120.]





Copyright © 2005 PNMB-LawNet. All rights reserved.