AKTA 465
AKTA PERKHIDMATAN POS 1991

BAHAGIAN X - PENYIASATAN DAN PENDAKWAAN




Seksyen 43. Menyoal-periksa saksi.

(1) Seseorang pegawai yang diberi kuasa di bawah seksyen 41 yang menjalankan kuasa penguatkuasaan yang diberikan di bawah Akta ini atau mana-mana kaedah yang dibuat di bawahnya boleh menyoal-periksa secara lisan mana- mana orang yang disangka mengetahui fakta-fakta dan hal keadaan kes itu.

(2) Orang yang disoal-periksa itu hendaklah terikat di sisi undang-undang untuk menjawab semua soalan yang berhubungan dengan kes tersebut yang diajukan kepadanya oleh pegawai yang disebut dalam subseksyen (1):

Dengan syarat bahawa orang yang tersebut boleh enggan untuk menjawab mana-mana soalan jika pegawai tersebut gagal atau enggan, apabila dikehendakkan, untuk mengemukakan kepadanya pemberikuasaan secara bertulis yang diberikan oleh Menteri kepada pegawai itu di bawah seksyen 41:

Dengan syarat selanjutnya bahawa orang tersebut boleh enggan untuk menjawab mana-mana soalan yang jawapannya mempunyai kecenderungan untuk mendedahkannya kepada sesuatu pertuduhan jenayah atau penalti atau perlucuthakan.

(3) Seseorang yang membuat pernyataan di bawah seksyen ini hendaklah terikat di sisi undang-undang untuk menyatakan kebenaran, sama ada atau tidak pernyataan itu dibuat pada keseluruhannya atau sebahagiannya sebagai jawapan kepada soalan-soalan.

(4) Seseorang pegawai yang diberi kuasa di bawah seksyen 41 yang menyoal-periksa seseorang di bawah subseksyen (1) hendaklah terlebih dahulu memberitahu orang tersebut akan peruntukanperuntukan subseksyen (2) dan (3).

(5) Sesuatu pernyataan yang dibuat oleh mana-mana orang di bawah seksyen ini hendaklah, apabila jua mungkin, diturunkan secara bertulis dan ditandatangani oleh orang yang membuatnya atau diletakkan dengan cap ibu jarinya, mengikut mana-mana yang berkenaan, selepas ia telah dibacakan kepadanya dalam bahasa yang dia telah membuatnya dan selepas dia telah diberi peluang untuk membuat apa-apa pembetulan yang diingininya.

[Pin. Akta A1120.]





Copyright © 2005 PNMB-LawNet. All rights reserved.