AKTA 465
AKTA PERKHIDMATAN POS 1991

BAHAGIAN X - PENYIASATAN DAN PENDAKWAAN




Seksyen 42. Kuasa menghendaki kehadiran saksi.

(1) Seseorang pegawai yang diberi kuasa di bawah seksyen 41 yang menjalankan kuasa penguatkuasaan yang diberikan di bawah Akta ini atau mana-mana kaedah yang dibuat di bawahnya boleh melalui perintah secara bertulis menghendaki kehadiran di hadapan dirinya akan mana-mana orang yang ternyata kepada pegawai itu mengetahui hal keadaan kes itu, dan orang tersebut hendaklah hadir sepertimana yang dikehendaki itu.

(2) Jika mana-mana orang tersebut gagal untuk hadir sepertimana yang dikehendaki itu, pegawai yang disebut dalam subseksyen (1) bolehlah melaporkan kegagalan itu kepada seorang Majistret yang hendaklah mengeluarkan saman untuk menjaminkan kehadiran orang tersebut sepertimana yang dikehendaki oleh perintah yang tersebut dahulu itu.

(3) Seseorang yang hadir sepertimana yang dikehendaki di bawah subseksyen (1) hendaklah berhak dibayar belanja perjalanan dan sara diri yang semunasabahnya ditanggung olehnya; dan adalah sah bagi Suruhanjaya membayar belanja tersebut.

[Pin. Akta A1120.]





Copyright © 2005 PNMB-LawNet. All rights reserved.