Seksyen 36. Kesalahan-kesalahan oleh pertubuhan perbadanan.
Jika sesuatu kesalahan di bawah Akta ini telah dilakukan oleh sesuatu pertubuhan perbadanan, mana-mana orang yang pada masa perlakuan kesalahan itu adalah seorang pengarah, pengurus, setiausaha atau pegawai lain yang seumpamanya dalam pertubuhan perbadanan itu atau berupa sebagai bertindak atas sifat sedemikian hendaklah, berserta juga dengan pertubuhan perbadanan itu, disifatkan sebagai telah melakukan kesalahan itu melainkan jika dia membuktikan bahawa kesalahan itu telah dilakukan tanpa persetujuan atau pembiarannya dan bahawa dia telah menjalankan segala usaha wajar untuk menghalang perlakuan kesalahan itu sebagaimana yang patut dijalankan olehnya, memandangkan kepada jenis fungsi-fungsinya atas sifat itu dan kepada segala hal keadaan.