(a) membuat atau dengan disedarinya mengedarkan, menguruskan, menjaja, membahagikan, atau menjual apa-apa setem palsu atau dengan disedarinya menggunakan bagi maksud-maksud pos apa-apa setem palsu;
(b) mempunyai dalam pemilikannya tanpa alasan sah apa-apa setem palsu;
(c) membuat, atau tanpa alasan sah mempunyai dalam pemilikannya, apa-apa dai, plat, alatan atau bahan bagi membuat apa-apa setem palsu; atau
(d) membuat, mengeluarkan atau mengirim melalui pos apa-apa sampul, pembalut, kad, borang atau kertas yang disetemkan atau dicetak timbul secara tiruan bagi sesuatu setem atau cetakan timbul yang dikeluarkan di bawah kuasa pemegang lesen, adalah melakukan suatu kesalahan dan, apabila disabitkan, boleh dipenjarakan selama suatu tempoh yang tidak melebihi dua tahun, atau didenda, atau kedua-duanya.
(2) Mana-mana setem, dai, plat, alatan atau bahan yang didapati dalam pemilikan mana-mana orang berlanggaran dengan Akta ini boleh disita dan hendaklah dilucuthakkan.
(3) Perlucuthakan di bawah seksyen ini boleh diisytiharkan oleh Mahkamah Majistret, dan segala benda yang dilucuthakkan hendaklah diperlakukan sebagaimana yang diarahkan oleh Mahkamah dan hasilnya (jika ada) dibayar ke dalam Kumpulan Wang Disatukan.
(4) Tiada apa-apa jua dalam seksyen ini boleh dikira sebagai mengecualikan mana-mana orang daripada apa-apa hukuman yang boleh dikenakan kepadanya di bawah mana-mana undang-undang lain.