AKTA 465
AKTA PERKHIDMATAN POS 1991

BAHAGIAN IX - KESALAHAN DAN PENALTI




Seksyen 32. Penalti bagi dengan menyalahi undang-undang mendedahkan isi kandungan barang pos.

Mana-mana orang yang menzahirkan, mendedahkan atau dengan apa-apa cara lain memberitahu isi kandungan mana-mana barang pos yang dibuka di bawah kuasa Akta ini, kecuali setakat yang perlu bagi maksud mengembalikannya atau setakat yang diberikuasa oleh Suruhanjaya secara bertulis, adalah melakukan suatu kesalahan dan, apabila disabitkan, boleh dipenjarakan selama suatu tempoh yang tidak melebihi satu tahun, atau didenda, atau kedua-duanya.

[Pin. Akta A1120.]





Copyright © 2005 PNMB-LawNet. All rights reserved.