Seksyen 31. Penalti bagi dengan menyalahi undang-undang melencong surat.
Mana-mana orang yang, dengan sengaja dan niat jahat dengan tujuan untuk mencederakan mana-mana orang lain, sama ada membuka atau menyebabkan dibuka mana-mana surat yang sepatutnya diserahkan, atau melakukan apa-apa perbuatan yang dengannya serahan wajar sesuatu surat kepada mana-mana orang adalah dihalang atau dirintangi, adalah melakukan suatu kesalahan dan, apabila disabitkan, boleh dipenjarakan selama suatu tempoh yang tidak melebihi enam bulan, atau didenda tidak melebihi empat ribu ringgit, atau kedua-duanya.