Seksyen 30. Penalti bagi dengan menyalahi undang-undang memegangsimpan barang pos atau karung mel.
Mana-mana orang yang secara fraud memegangsimpan atau dengan sengaja menyorokkan atau melarikan atau menyimpan atau menahan atau apabila dikehendaki oleh seseorang pegawai diberikuasa abai atau enggan menyerahkan, mana-mana barang pos dalam masa penyaluran melalui pos yang sepatutnya diserahkan kepada mana-mana orang lain, atau sesuatu karung mel yang mengandungi sesuatu barang pos, adalah melakukan suatu kesalahan dan, apabila disabitkan, boleh dipenjarakan selama suatu tempoh yang tidak melebihi dua tahun, dan boleh juga didenda tidak melebihi empat ribu ringgit.