Seksyen 29. Penalti bagi dengan menyalahi undang-undang menahan mel atau membuka karung mel.
Mana-mana orang yang, kecuali di bawah kuasa Akta ini atau sebagai mematuhi perintah secara bertulis daripada Menteri atau Suruhanjaya atau arahan suatu Mahkamah kompeten, menahan mel atau mana-mana barang pos dalam masa penyaluran melalui pos atau atas apa-apa dakwaan palsu membuka sesuatu karung mel dalam masa penyaluran melalui pos adalah melakukan suatu kesalahan dan, apabila disabitkan, boleh didenda tidak melebihi satu ribu lima ratus ringgit.