AKTA 465
AKTA PERKHIDMATAN POS 1991

BAHAGIAN IX - KESALAHAN DAN PENALTI




Seksyen 28. Penalti bagi menampalkan tanpa kuasa apa-apa benda pada, atau mencacatkan rupa, pejabat pos.

Mana-mana orang yang, tanpa kuasa wajar, menampalkan apa-apa plakad, iklan, notis, senarai, dokumen, papan kenyataan atau benda lain dalam atau pada, atau mengecat, menyapukan minyak tar, atau dengan apa-apa cara lain mencacatkan rupa, mana-mana pejabat pos, adalah melakukan suatu kesalahan dan, apabila disabitkan, boleh didenda tidak melebihi satu ribu ringgit.





Copyright © 2005 PNMB-LawNet. All rights reserved.