AKTA 465
AKTA PERKHIDMATAN POS 1991

BAHAGIAN IX - KESALAHAN DAN PENALTI




Seksyen 27. Penalti bagi mencemar atau mencederakan peti surat.

Mana-mana orang yang meletakkan dalam atau terhadap mana-mana peti surat yang diadakan oleh pemegang lesen bagi penerimaan barang-barang pos apa-apa api, mancis atau nyalaan, atau apa-apa bahan letupan, berbahaya, kotor, memudaratkan atau merosakkan atau apa-apa cecair, atau melakukan suatu kacau-ganggu dalam atau terhadap mana-mana peti surat tersebut, atau melakukan apa-apa jua yang berkemungkinan mencederakan mana-mana peti surat tersebut atau sesuatu yang bersangkutan dengannya atau isi kandungannya, adalah melakukan suatu kesalahan dan, apabila disabitkan, boleh dipenjarakan selama suatu tempoh yang tidak melebihi satu tahun, atau didenda, atau kedua-duanya.





Copyright © 2005 PNMB-LawNet. All rights reserved.