(a) mengangkut, selain daripada mengikut terma-terma suatu lesen sah, apa-apa surat yang termasuk dalam keistimewaan eksklusif yang diberikan kepada Kerajaan oleh seksyen 8;
(b) melaksanakan apa-apa perkhidmatan yang bersampingan dengan pengangkutan, selain daripada mengikut terma-terma suatu lesen sah, apa-apa surat yang termasuk dalam keistimewaan eksklusif tersebut;
(c) mengirim atau mengemukakan atau menyerahkan untuk dikirim, selain daripada mengikut terma-terma suatu lesen sah, apa-apa surat yang termasuk dalam keistimewaan eksklusif tersebut; atau
(d) membuat pungutan surat-surat yang termasuk dalam keistimewaan eksklusif tersebut bagi maksud mengirimnya selain daripada mengikut terma-terma suatu lesen sah, adalah melakukan suatu kesalahan dan, apabila disabitkan, boleh didenda tidak melebihi satu ribu ringgit bagi tiap-tiap surat tersebut. (2) Mana-mana orang yang telah pun disabitkan bagi suatu kesalahan di bawah seksyen ini, dan disabitkan lagi di bawahnya, atas tiap-tiap sabitan berikutnya itu, boleh didenda tidak melebihi dua ribu ringgit bagi tiap-tiap surat tersebut.