AKTA 465
AKTA PERKHIDMATAN POS 1991

BAHAGIAN VIII - PERKHIDMATAN KEWANGAN POS




Seksyen 24. Kuasa untuk mengadakan perkhidmatan kewangan pos dan untuk membuat kaedah-kaedah mengenainya.

(1) Menteri boleh membenarkan pemegang lesen menjalankan perkhidmatan kewangan pos atas pihaknya sendiri atau bagi pihak agensi-agensi kerajaan dan bukan kerajaan dan boleh membuat kaedah-kaedah mengenai perkhidmatan sedemikian.

(2) Secara khusunya dan tanpa menjejaskan keluasan kuasa yang tersebut di atas, kaedah-kaedah itu boleh menetapkan skop dan takat perkhidmatan kewangan itu.

(3) Bagi maksud-maksud seksyen ini, "perkhidmatan kewangan pos" hendaklah termasuk kiriman wang, wang pos, draf pos, cek pos, cek kembara pos, giro, bayar waktu terima, pungutan bil, perkhidmatan tabungan, langganan untuk akhbar dan majalah berkala dan apa-apa bentuk perkhidmatan kewangan yang lain.





Copyright © 2005 PNMB-LawNet. All rights reserved.