Seksyen 23. Kuasa untuk membuat kaedah-kaedah mengenai pelupusan barang pos takterserah.
(1) Menteri boleh membuat kaedah-kaedah mengenai pelupusan barang-barang pos yang, bagi apa-apa sebab, tidak dapat diserahkan. Barang-barang tersebut adalah dalam Bahagian ini disebut sebagai "barang pos takterserah".
(2) Kaedah-kaedah itu boleh—
(a) menetapkan tempoh selama mana barang pos takterserah di sesuatu pejabat pos hendaklah berada di pejabat itu;
(b) mengadakan peruntukan bagi penyiaran senarai-senarai barang pos takterserah, atau apa-apa kelas barang pos takterserah;
(c) mengadakan peruntukan bagi cara yang mengikutnya barang pos takterserah hendaklah pada akhirnya diperlakukan atau dilupuskan.