AKTA 465
AKTA PERKHIDMATAN POS 1991

BAHAGIAN VI - SYARAT-SYARAT PENYALURAN BARANG-BARANG POS




Seksyen 20. Kewajipan pemegang lesen untuk memberitahu Suruhanjaya.

(1) Apabila mana-mana barang pos yang dikirim melalui pos semunasabahnya disyaki oleh pemegang lesen sebagai dikirim berlanggaran dengan Akta ini atau mana-mana kaedah yang dibuat di bawahnya atau mana-mana undang-undang bertulis lain, pemegang lesen hendaklah dengan serta-merta memberitahu dan menghulurkan barang pos tersebut kepada Suruhanjaya atau mana-mana pegawai diberikuasa.

(2) Apabila menerima maklumat yang tersebut dahulu itu seseorang pegawai diberikuasa hendaklah menahan barang pos tersebut bagi pembukaan dan pemeriksaan.

[Pin. Akta A1120.]





Copyright © 2005 PNMB-LawNet. All rights reserved.