BAHAGIAN VI - SYARAT-SYARAT PENYALURAN BARANG-BARANG POS
Seksyen 19. Menteri boleh membuat kaedah-kaedah mengenai barang-barang larangan.
Menteri boleh membuat kaedah-kaedah yang difikirkannya patut bagi menghalang pengiriman dan penyerahan barang-barang yang dilarang oleh seksyen 17 atau 18 dan bagi menahan, melupuskan atau memusnahkan mana-mana barang pos sedemikian yang dikirim atau dikemukakan bagi penyaluran melalui pos.