BAHAGIAN VI - SYARAT-SYARAT PENYALURAN BARANG-BARANG POS
Seksyen 18. Penyaluran melalui pos akan apa-apa benda lucah, dsb., dilarang.
Tiada seorang pun boleh mengirim melalui pos—
(a) apa-apa cetakan, lukisan, fotograf, litograf, ukiran, buku atau kad yang lucah atau cabul, atau apa-apa barang lain yang lucah atau cabul;
(b) apa-apa barang pos yang mempunyai di atasnya, atau di atas kulitnya, apa-apa perkataan, tanda atau rekabentuk yang bersifat lucah, cabul, menghasut, keji, mengancam atau terlampau kesat;
(c) apa-apa barang pos yang mempunyai apa-apa setem palsu atau yang berupa sebagai diprabayar dengan mana-mana setem pos yang telah dahulunya digunakan untuk memprabayar apa-apa barang pos lain atau yang telah dahulunya digunakan sebagai pembayaran apa-apa duti setem;
(d) surat-menyurat yang mengandungi apa-apa tiket loteri awam atau apa-apa iklan hadiah-hadiah atau apa-apa pengumuman lain yang berhubungan dengan apa-apa loteri awam, ambiltagan atau transaksi perjudian yang lain; atau
(e) apa-apa barang lain yang dilarang oleh Menteri melalui kaedah.