AKTA 465
AKTA PERKHIDMATAN POS 1991

BAHAGIAN V - SETEM POS DAN CAJ POS




Seksyen 15. Pengecualian daripada caj pos.

(1) Menteri boleh membuat kaedah-kaedah mengenai pengecualian Kerajaan, agensi-agensinya atau mana-mana golongan orang daripada caj pos atas benda surat pos dan daripada komisen, fee atau lain-lain caj yang kena dibayar bagi perkhidmatan yang diberikan.

(2) Secara khususnya dan tanpa menjejaskan keluasan kuasa yang tersebut di atas, kaedah-kaedah itu boleh mengecualikan benda surat pos bagi maksud-maksud khairat daripada caj pos.

[Pin. Akta A1120.]





Copyright © 2005 PNMB-LawNet. All rights reserved.