AKTA 465
AKTA PERKHIDMATAN POS 1991

BAHAGIAN V - SETEM POS DAN CAJ POS




Seksyen 14. Setem pos digunakan sebagai prapembayaran.

(1) Setem pos yang diadakan di bawah seksyen 13 hendaklah digunakan bagi prapembayaran bayaran pos atau lain-lain fee atau jumlah wang yang boleh dikenakan di bawah Akta ini berkenaan dengan barang-barang pos, kecuali jika Menteri mengarahkan bahawa prapembayaran hendaklah dibuat mengikut sesuatu cara lain.

(2) Menteri boleh membuat kaedah-kaedah bagi penggunaan setem pos sebagai prapembayaran fee atau lain-lain jumlah wang yang boleh dikenakan di bawah mana-mana undang-undang bertulis oleh mana-mana agensi kerajaan atau agensi Suruhanjaya bagi perkhidmatan yang diberikan dan bagi mendapatkan kembali hasil mengenainya daripada pemegang lesen.

[Pin. Akta A1120.]





Copyright © 2005 PNMB-LawNet. All rights reserved.