AKTA 465
AKTA PERKHIDMATAN POS 1991

BAHAGIAN V - SETEM POS DAN CAJ POS




Seksyen 13. Mengadakan setem pos dan kuasa untuk membuat kaedah-kaedah mengenainya.

(1) Tiada seorang pun selain daripada seseorang pemegang lesen yang diberikuasa secara khas oleh Menteri, boleh mengeluarkan setem pos.

(2) Menteri boleh menyebabkan sekian jenis setem pos diadakan sebagaimana yang difikirkannya perlu bagi maksud-maksud Akta ini.

(3) Menteri boleh membuat kaedah-kaedah mengenai pembekalan, jualan, penggunaan dan keesahan setem pos, termasuk syarat-syarat berkenaan dengan penebukan, pencacatan dan segala perkara lain yang tertakluk kepadanya setem pos boleh disetujuterima atau ditolak sebagai pembayaran bayaran pos atau lain-lain fee atau jumlah wang.





Copyright © 2005 PNMB-LawNet. All rights reserved.