Seksyen 12. Pengecualian pemegang lesen daripada liabiliti bagi kehilangan, salahserahan, kelewatan atau kerosakan.
Pemegang lesen tidaklah bertanggungan bagi apa-apa kehilangan, salahserahan atau kelewatan, atau kerosakan kepada, mana-mana barang pos dalam masa penyaluran melalui pos melainkan jika kehilangan, salahserahan, kelewatan atau kerosakan itu telah disebabkan secara fraud atau dengan niat jahat atau secara cuai oleh mana-mana pekerja, pengkhidmat atau ejen pemegang lesen, mengikut mana-mana yang berkenaan.