Seksyen 11. Kuasa pemegang lesen untuk mendirikan peti surat.
(1) Pemegang lesen boleh mendirikan dan menyenggarakan peti surat atau peti serahan luar bandar di mana-mana jalanraya, jalan, kampung, estet, tanah rizab atau tempat awam, di bawah kawalan mana-mana pihak berkuasa.
(2) Peti surat atau peti serahan luar bandar itu tidaklah boleh ditempatkan dengan sedemikian sehingga mengganggu lalulintas biasa.