AKTA 465
AKTA PERKHIDMATAN POS 1991

BAHAGIAN IV - LESEN DAN PEMEGANG LESEN




Seksyen 10. Kuasa Menteri untuk memberi, menggantung atau membatal lesen.

(1) Menteri boleh memberikan lesen atas apa-apa terma dan syarat dan sebagai balasan bagi apa-apa pembayaran sebagaimana yang difikirkannya patut kepada mana-mana orang bagi melakukan mana-mana perbuatan atau melaksanakan mana-mana perkhidmatan yang termasuk dalam perenggan 8(1)(a) dan (b) sebagaimana yang dinyatakan dalam lesen itu; dan apa-apa jua yang dilakukan di bawah dan mengikut sesuatu lesen yang diberikan di bawah seksyen ini tidaklah menjadi suatu pelanggaran keistimewaan yang diberikan oleh seksyen 8.

(2) Tiada lesen boleh dipindahmilik melainkan jika keizinan bertulis Menteri telah diberikan.

(3) Menteri boleh pada bila-bila masa menggantung atau membatalkan sesuatu lesen yang diberikan di bawah subseksyen (1) atas pelanggaran mana-mana terma atau syarat yang dikenakan mengenainya atau atas keingkaran membayar apa-apa wang yang terakru dan genap masa di bawahnya.

(4) Pemegang lesen tidaklah berhak kepada apa-apa bentuk pampasan atas penggantungan atau pembatalan lesen di bawah subseksyen (3).

[Pin. Akta A1120.]





Copyright © 2005 PNMB-LawNet. All rights reserved.