AKTA 465
AKTA PERKHIDMATAN POS 1991

BAHAGIAN III - KEISTIMEWAAN DAN PERLINDUNGAN BAGI KERAJAAN




Seksyen 9. Pengecualian daripada liabiliti bagi kehilangan, salahserahan, kelewatan atau kerosakan.

Kerajaan dan Suruhanjaya tidaklah bertanggungan bagi apa-apa kehilangan, salahserahan atau kelewatan, atau kerosakan kepada, mana-mana barang pos dalam masa penyaluran melalui pos, dan tiada seorang pun pegawai Suruhanjaya akan bertanggungan bagi apa-apa kehilangan, salahserahan, kelewatan atau kerosakan sedemikian, melainkan jika dia telah menyebabkan kehilangan, salahserahan, kelewatan atau kerosakan itu secara fraud atau dengan niat jahat atau secara cuai.

[Pin. Akta A1120.]





Copyright © 2005 PNMB-LawNet. All rights reserved.