AKTA 465
AKTA PERKHIDMATAN POS 1991

BAHAGIAN II - FUNGSI DAN TUGAS SURUHANJAYA




Seksyen 7. Kuasa-Kuasa khas semasa darurat atau demi kepentingan negara atau awam.

(1) Yang di-Pertuan Agong boleh, apabila berlakunya apa-apa kerusuhan perindustrian, mogok, sekat-masuk atau apa-apa kejadian lain yang menimbulkan suatu darurat, atau demi kepentingan keselamatan negara atau awam, memberikuasa kepada Suruhanjaya untuk—


(2) Yang di-Pertuan Agong boleh juga memberikuasa kepada mana-mana pegawai lain yang diambil bekerja oleh Kerajaan untuk menjalankan kuasa-kuasa yang diberikan di bawah subseksyen (1)(c).

(3) Pemegang lesen hendaklah memberikan segala bantuan yang perlu apabila dikehendaki berbuat demikian oleh Suruhanjaya atau seorang pegawai yang menjalankan mana-mana kuasa yang diberikan di bawah seksyen ini.

(4) Jika apa-apa keraguan timbul tentang kewujudan apa-apa darurat atau sama ada apa-apa tindakan yang dilakukan di bawah subseksyen (1) atau (2) adalah demi kepentingan keselamatan negara atau awam, maka suatu perakuan yang ditandatangani oleh Yang di-Pertuan Agong dan dipamerkan di mana-mana tempat sebagaimana yang difikirkan patut oleh Menteri hendaklah menjadi bukti konklusif mengenai perkara itu.

(5) Jika Suruhanjaya mengambil pemilikan mana-mana pejabat pos di bawah subseksyen (1)(a), pampasan mencukupi hendaklah dibayar.

[Pin. Akta A1120.]





Copyright © 2005 PNMB-LawNet. All rights reserved.