Seksyen 3. Erti "dalam masa penyaluran melalui pos" dan "serahan".
Bagi maksud-maksud Akta ini—
(a) sesuatu barang pos hendaklah disifatkan sebagai sedang dalam masa penyaluran melalui pos dari masa ia diserahkan ke suatu pejabat pos sehingga masa ia diserahkan kepada penerima, atau ia dikembalikan kepada pengirim atau selainnya dilupuskan di bawah Akta ini;
(b) sesuatu barang pos hendaklah disifatkan sebagai terhenti menjadi barang pos dari masa ia diserahkan kepada penerima, atau ia dikembalikan kepada pengirim atau selainnya dilupuskan di bawah Akta ini;
(c) perletakan sesuatu barang pos dalam mana-mana peti penerimaan bagi pendepositan barang-barang pos, atau serahan sesuatu barang pos kepada seorang pegawai pemegang lesen dalam masa menjalankan tugas-tugasnya hendaklah disifatkan sebagai serahan ke suatu pejabat pos;
(d) serahan sesuatu barang pos di rumah atau pejabat penerima, atau kepada penerima, atau kepada pengkhidmat atau ejennya atau orang lain yang dianggap sebagai dibenarkan menerima barang itu mengikut cara biasa bagi penyerahan barang-barang pos kepada penerima, atau ke suatu peti yang diadakan, menurut kaedah-kaedah yang dibuat di bawah seksyen 16, pada atau berdampingan dengan manamana premis atau perkarangannya bagi penerimaan barangbarang pos yang menyatakan alamat premis itu, dan jika penerima adalah seorang tetamu atau sedang tinggal di sesuatu hotel, serahan kepada tuan punya atau pengurus hotel itu atau ejennya hendaklah disifatkan sebagai serahan kepada penerima.